Tuesday, June 8, 2010
IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT
Bab 1
“Seseorang yang tidak mempunyai sahabat; bagai taman yang tidak berbunga.”
- Pepatah Arab
“Maafkan saya”, kata-kata terpacul keluar dari mulutku, apabila jus oren yang sedang ku minum tertumpah ke tangan Encik Murad, yang duduk disebelahku. Aku menghulurkan tisu ke arahnya, sambil tersenyum malu sambil rasa bersalah.
“Please fasten your seat belt, we are going through some turbulence”
Pengumuman Kapten kapal jelas kedengaran. Inilah pertama kali, aku dan sahabat karibku, Zila, menaiki pesawat KLM – Royal Dutch Airlines. Perjalanan ini tidak di rancang oleh ku. Tapi biasanya perkara yang tidak dirancang oleh kita itu lah yang akan berlaku.
“Kalau pesawat ni terhempas di tengah tengah laut Jawa ni, sekurang kurang nya, saya dengan awak”.
“Hahahahaha! Sehidup semati kita Qis”
“Doa lah yang baik baik sikit”
“Encik Murad, boleh berbahasa Melayu?”
“Panggil saja saya Murad. Saya bekerja di Malaysia lebih kurang 10 tahun, dan selalu juga ke Jakarta, Medan , Bali dan juga Brunei atas urusan kerja. Kalau Qis nak tahu, isteri saya berasal dari Cirebon, Jawa Barat.” Panjang lebar Murad menerangkan pada ku dan Zila.
“Ikan di laut , asam di darat di dalam kuali bertemu juga. Bukan begitu Murad?” balasku.
“Qis, lampu pasang seat belt dah padam, saya nak ke tandas sekejap.” Zila mencelah.
“Ada seorang kenalan saya, berketurunan Cina, Saleha, bertemu jodoh dengan jejaka Jerman. Jejaka Jerman ni, Andre, pada suatu hari teringin untuk berbasikal keliling dunia. Kayuhan dia bermula dari Berlin, merentas Eropah timur, sehingga sampai ke Negara Cina. Di sana dia tinggal bersama sama pendekar shaolin. Andre berminat dengan seni bela diri. Dia sendiri mempunyai tali pinggang hitam Karate. Setelah beberapa lama di Cina, kayuhan diteruskan ke arah selatan, Vietnam, Kemboja, Thailand dan Malaysia. Apabila berehat rehat di rumah kenalan nya di Kuala Lumpur, bertemulah dengan Saleha. Cinta berputik pada pandangan pertama dan setahun kemudian mereka diijabkabulkan.”
“Menarik ! Saya bertemu isteri saya, Ratna, bukan di Jawa atau bukan juga di Lebanon, tanah kelahiran saya. Kami berjumpa di Australia, semasa sama sama menuntut di Perth. Itulah jodoh namanya”.
“Ramai orang beratur tadi Zila” tanya Murad.
“Ramai jugak, mungkin sebab cemas tadi” Zila menjawab sambil tertawa kecil.
“Kalau Murad nak tau, Zila ni telah “memaksa” saya menemani dia ke Jakarta”. Tapi “memaksa” dengan murah hati, kerana suami dia telah membiayai segala keperluan perjalanan. Murah lah rezeki mereka sekeluarga”.
Tersenyum lebar Zila sambil matanya jauh memandang kepulan-kepulan awan yang berarak lalu umpama kapas-kapas lembut yang menghiasi langit biru.
“Nasib baiklah Jef percaya kat awak. Kalau tak, tak berjalan lah saya.”
“Dapatlah saya menjejakkan kaki ke tanah nenek moyang saya”, balas ku.
“Kamu berdua setuju tak dengan saya , kalau saya katakan yang kita di timur ni kaya dengan adat resam dan budaya yang tinggi nilainya. Cuma kekadang kita lupa tentang mutiara-mutiara yang berharga ini.”
“Apa maksud Murad?” jawabku penuh minat.
“Semasa saya masih kecil, saya selalu menghabiskan waktu cuti saya dirumah datuk di Jabal Qasiyun…”
“Jabal Qasiyun di Damaskus?” celah ku spontan. “Tamadun tertua manusia, banyak lokasi bersejarah disitu !” terang ku.
“Memang betul, semasa kecil, saya suka suasana ketenangan di sana dan terutamanya masakan enak nenek yang rasanya masih saya termimpi mimpikan sehingga kini. Datuk saya seorang yang pandai melayan cucu, ada saja cerita cerita nya untuk menghiburkan kami. Antara ceritanya yang saya ingat ialah mengenai seekor burung hud-hud…”
“Bagaimana ceritanya?” Zila tak sabar mendengar.
“Pada zaman dahulu, di Baghdad , ada seorang saudagar yang kaya raya. Dia berniaga tekstil dan rempah ratus dari timur jauh di Baghdad. Apabila dia berniaga ke timur jauh, dia membawa pula buah buahan kering, kemenyan arab, minyak zaitun dari timur tengah untuk dijual disana. Saudagar ini walaupun kaya raya tapi tidak mempunyai anak isteri, tetapi dia mempunyai seekor burung hud-hud yang diperolehinya di benua Hindi, yang amat disayanginya. Walaupun ramai dari kalangan sahabatnya yang mahu membeli burung hud-hud itu, tetapi saudagar itu tidak mahu berpisah dengan burung tersebut. Pada suatu hari, saudagar itu akan membawa kabilah perniagaanya ke benua Hindi. Dia pun bertanya kepada burung hud-hud kesayanganya, “Aku akan ke benua Hindi, oleh kerana engkau berasal dari sana , ada apa-apa pesanan yang ingin engkau sampaikan wahai hud-hud?”
“Wahai Tuan ku yang budiman, bolehkah engkau melepaskan aku, aku ingin terbang bebas merentasi langit biru sebagai mana burung burung yang lain.” “Wahai hud-hud, aku mohon maaf kerana aku tidak dapat menunaikan permintaan mu itu, aku terlalu menyayangimu untuk melepaskan kau pergi.” “Jika begitu, sampaikan lah salam ku kepada saudara saudaraku di benua Hindi. Apabila Tuan tiba disana, pergi lah ke hutan belantara di wilayah Sind dan jerit lah sekuat kuat hati Tuan dan beritahu saudara saudaraku yang aku sihat dan cukup makan dan minum walaupun aku berada didalam sangkar yang amat cantik yang terbuat daripada emas.”
“Baiklah wahai hud-hud akan ku tunaikan permintaan mu itu.”
Apabila saudagar itu tiba di benua Hindi, dia pun menunaikan permintaan burung hud-hud kesayang beliau. Selesai dia melaungkan berita hud-hud kepada saudara saudara hud-hud tersebut, maka terjatuhlah seekor hud-hud yang sedang bertenggek diatas pohon yang tinggi, keatas tanah. Saudagar itu berasa bersalah kerana pada pandangannya, dia telah menyebabkan kematian salah seorang saudara hud-hud kepunyaannya.
Apabila dia kembali ke Baghdad, saudagar itu pun menceritakan apa yang telah berlaku kepada burung hud-hud kesayangannya. Selesai dia bercerita, hud-hud kesayangannya pun jatuh rebah didalam sangkarnya. Remuk redam hati saudagar itu melihat kematian hud-hud kesayangannya. Dia pun mengeluarkan hud-hud dari dalam sangkarnya dan meletakkannya di sebelah tingkap. Bulu-bulu halus hud-hud bergerak-gerak ditiup bayu lembut. Tiba-tiba, hud-hud tersebut membuka matanya dan terus terbang tidak kembali lagi.”
“Wah, cerita lah lagi” Zila menyampuk.
“Beautiful. Layers of lessons in life, told as an attention grabbing story,” simpul ku.
“Saya pasti orang orang Melayu pun mempunyai cerita-cerita sendiri yang diturunkan melalui lisan dari satu generasi ke generasi yang lain.”
“Betul tu, tapi saya sendiri ingat-ingat lupa. Lagipun sekarang ni, sumber hiburan banyak. Drama dan filem yang bersifat kontemporari banyak terdapat di pasaran,” Zila memberi pendapat.
Pramugari datang ke tempat kami untuk memberi makanan “halal muslim food” yang telah ku pesan melalui internet. Ada puding jagung dengan cranberry sos dan salad dan tahu bersama sos kacang. Menu utamanya pula adalah mee goreng bersama kari ayam.
“Pedas lah mee ni Zila,” aku mengadu. Aku lihat Zila makan dengan penuh selera. Zila memang suka pedas. Dia keturunan Minang.
“Ye lah, saya tahu awak kan selera Mediterranean Qis. Pasta, Pizza, Cous-cous, harira tu semua makanan awakkan?”
Aku tertawa kecil. Zila memang sering kali menjadi tetamu untuk merasa masakan-masakan ku. Di rumah ku ada berderet buku masakan Jamie Oliver dan buku buku masakan Mediterranean yang ada juga dihadiahkan oleh ibuku semasa dia ke London bersama dengan dua orang adikku, Nurul dan Muhammad. Aku ada juga menyimpan fail yang terkandung helaian helaian resipi yang ku muat turun dari internet. “Website” kegemaran ku adalah www.allrecipes.com.
Pesawat penuh untuk penerbangan ini. Malah pegawai KLM semasa di KLIA tadi mengatakan mereka telah terlebih menjual 21 tiket untuk penerbangan ini. Jakarta masih lagi tetap menjadi destinasi utama. Peristiwa pengeboman hotel Ritz Carlton dan JW Marriot tidak langsung menakutkan pelancong pelancong yang ingin ke kota utama pintu masuk ke Indonesia. Ramai juga penumpang dari Malaysia didalam penerbangan kali ini. Tahun ini , tahun melawat Indonesia. Indonesia telah di nobatkan sebagai syurga untuk membeli belah dan melancong, kerana destinasi-destinasinya yang berbagai, yang mampu memenuhi selera dan minat para pengunjung. Malah tadi aku berjumpa dengan Amin berserta dengan keluarganya dan pekerja restorannya semasa di ruang menunggu. Ramai juga penumpang dari Eropah dan selebihnya rakyat Indonesia yang mungkin bercuti ke kampung halaman masing masing.
“What is your opinion on the Jakarta bombings?” tanya Murad yang mengejutkanku dari lamunan ku.
“Well, everybody is entitled to their opinions and beliefs. That’s a basic human right. However I do not quite agree with the mutilation of one’s own self in the name of Jihad for Islam. That is suicide. Rasulullah s.a.w. did not teach that to us. First and foremost Islam is a religion of love, peace and tolerance,” jawabku.
“In fact in one of the battles between the muslims and the musyrikin, Sayyidina Ali was in a one to one combat with a well known musyrikin warrior who was much taller and bigger than he was. The musyrikin fell to the ground after a long sword fight with Sayyidina Ali. He spat at Sayyidina Ali. Sayyidina Ali could have just finished him there and then. But he did not. He turned away from the musyrikin. The musyrikin embraced Islam soon after that,” Zila memberi pendapatnya.
“When Sayyidina Ali was asked why he did that. His answer was simple, when he fought against the musyrikin it was for Allah, but when the musyrikin spat at him, if he had killed him then, it might be from his anger,” aku menyambung cerita Zila.
Murad diam membisu seribu bahasa. Matanya yang biru bak air laut, merenung jauh ke depan. Dari riak wajahnya, ku pasti mindanya jauh menerawang mengimbas jutaan kenangan silam. Sesekali tangannya mengusap usap janggutnya yang tebal yang dijaga rapi.
“Ramai daripada ahli keluarga saya yang berpendapat bahawa mengebom diri sendiri itu adalah jihad. Pernah ke kita mendalami kepedihan hati mereka apabila melihat saudara sendiri di tembak, dibunuh tanpa rasa belas kasihan? Kemaafan susah di beri. Kemaafan tiada lagi didalam kamus hidup,” Murad menarik nafas panjang.
“Rasulullah s.a.w dan para sahabat pernah melalui zaman yang serupa. Para sahabat yang terdahulu, disiksa, di bunuh dengan begitu kejam kerana mereka menyebut dua kalimah syahadah. Sayyidina Bilal, diseksa dengan begitu kejam tetapi beliau masih menyebut “Ahad ! Ahad !” – Hanya Allah,Tuhan Yang Satu,” balas ku.
“Berkat kesabaran Rasulullah s.a.w dan juga keikhlasan para sahabat, akhirnya tamadun Islam dapat menguasai tiga perempat dunia. Walhal pada masa itu Eropah dalam zaman kegelapan,” Zila menambah.
“Para sahabat yang gugur, tidak mati sia-sia. Mereka merupakan para syuhada yang hidup umpama di kebun kebun syurga. Titisan keringat dan darah mereka umpama azimat yang memberi semangat kepada para sahabat yang hidup untuk meneruskan perjuangan menaikkan syiar Islam, meninggikan kalimah syahadah dan kecintaan dan kesetiaan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda Rasul terakhir, dan kita adalah ummatnya,” tiba-tiba Murad mengakhiri kebisuannya.
“Please fasten your seat belt. We are going to begin our descend soon”
“Dah nak sampai kita,” kata Zila, sambil tangannya menghulurkan gula-gula kepada ku dan juga Murad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ok aje tulisan madam.
ReplyDeletecuma bagi saya, kalau saya menceritakan watak
"seorang aku" saya akan tambah banyak bahagian monolog. madam boleh buat rujukan dengan buku tulisan anis ayuni dan aisya sofea.
aisya sofea sgt bagus bila menceritakan
tentang aku.